Tuesday, May 20, 2008

20 May 08

Aku sedang chatting dgn dia, semua yang dia cakap menyakitkan hati. Langsung tak jaga hati. Aku tak tahu mana nak jeritkan yg hati aku ni perlu dijaga and dihargai. Puas dah aku ikut and buat apa dia nak. Ini kah balasan dia? Pagi ni aku bangun hampa, sebab mlm tadi dia tak layan. Katanye sebab aku buat muka monyok tak bercakap. Dia lari tido luar..... dia tahu tak, aku tak bisa tido tanpa dia?
Pergi kerja masing2 tak bercakap. Aku berhenti depan tempat kerja aku and aku biarkan dia bawa keta ke ofc mcm biasa. Busy gak, boss2 dtg and nak set up opening esok. Tengah2 sebok tetiba hamba allah tu muncul di situ. Aku rasa tak selesa sebab dia ajak minum. Takut2 anak kucing aku nampak mesti dia salah sangka. Aku tetap syg anak kucing aku jer.. takde yg lain. Aku cepat2 mengelak and buat benda lain supaya tak jumpa dia.
Tenagahari aku gi makan and tukar baju kat ofc anak kucing aku yg semakin comel tu. Dah lah mlm tadi tak dapat, ikut hati jantan aku, mahu aku terkam dia kat ofc bila dia buat muka jahat dia tu... errrrr geram geram. Tak habis2 nak lawan cakap aku. Aku tak suka dia bantah.

No comments: